November 1, 2011

Inkubator

Alhamdulillah, pada 1 November 2011, inkubator yg aku order dari Brother Bob telah sampai dgn selamatnya. dapat lebih kurang pukul 10.30 a.m. Pada sebelah malam barulah aku setkan suhu dalam inkubator dan beberapa jam kemudian first intake telur ayam kampung telah dimasukkan ke dalam inkubator. untu permulaan, percentage penetasan ditetapkan tidak terlalu tinggi. Inkubator ni untuk menetaskan telur ayam kampung yang aku ambil dari induk ayam kampung yang tak pandai jaga telurnya sendiri. Telur-telur ayam kampung ni kebanyakannya banyak dimakan oleh ayam betina lain. Kalau dah asyik kena makan aje, bila masanya nak mengeram dan menetas, so penyelesaian segera ialah guna mesin inkubator.

Buat permulaan 16 biji telur ayam kampung telah dimasukkan ke dalam inkubator, bermula dari 1/11 hingga 27/11. Setakat hari ni dah 3 ekor anak ayam yang dah menetas dan berusia antara 5 hari ke 12 hari. Insya Allah hari ni dan esok maybe ada 3 ekor lagi anak ayam yg akan menetas (telur bertarikh 14/11 & 15/11).

Lepas ni stop dulu kemasukan telur ke inkubator, coz tempat/reban utk anak ayam yg dah sedia ada kat reban + dalam brooder + akan menetas, sangat terhad. Anak2 ayam ini akan dibesarkan utk dijadikan induk dan dikembang biakkan lagi. So, telur ayam yang ada akan diguna sendiri atau dijual, coz setakat ni dah ada orang order nak 20 biji telur ayam.

No comments:

Post a Comment