September 29, 2011

PROJEK TERNAK AYAM KAMPUNG

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan azam yang kuat, akhirnya siap jugak reban2 ayam kampung. Perancangan asal sepatutnya start bulan March, tapi masa tidak mengizinkan, dan akhirnya pada bulan April barulah kerja2 pembinaan reban dimulakan. Planning memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya....hanya Allah sahaja yang tahu.

Tujuan utama adalah utk kegunaan sendiri, tetapi sekiranya terdapat lebihan bekalan seperti telur, anak ayam atau ayam induk, dan ada permintaan, dibuka utk jualan. Tapi utk short term ni belum lagi. Tunggu ayam dah membiak dgn jayanya.

Kayu2 yang diguna ialah kayu terpakai sepenuhnya. Reban utama ni dibina pada hujung minggu (sabtu & ahad) atau juga pada hari cuti. 2 1/2 bulan baru siap sepenuhnya. Berkeluasan 4 kaki lebar x 10 kaki panjang x 4 kaki tinggi. Dilengkapi 8 petak utk ayam bertelur/mengeram. Boleh muat lebih kurang 30 - 40 ekor ayam. Tapi memandangkan reban ni khusus untuk ayam induk, maka tak bolehlah letak banyak2.

Awal ramadhan ayam induk iaitu 1 Jantan dan  Betina telah check-in. Ayam Jantan dan sekor ayam betina ni diperolehi dari nenak sedara di Serkat, Pontian (bukan free, beli tau), manakala 4 ekor betina pula diperolehi dari Kg. Parit 1, Api-Api (Beli gak, mana ada free sekarang ni). Bulan Dec ni akan tambah 3 ekor lagi ayam betina induk.

Dua minggu selepas ayam2 ni check-in, ayam betina dari Serkat telah mula bertelur, kesemuanya 12 biji sahaja. Yang menetas 11 biji, tapi yang hidup 8 ekor sahaja. Sebiji aje yg tak jadi. Oklah tu utk permulaan. Seminggu selepas anak2 ayam menetas, maka siaplah pula reban mini untuk asingkan ibu ayam dan anak2nya. Kalau tak diasingkan, habis anak2 ayam ni kena belasah dgn ayam dewasa lain. Reban mini ni berukuran 2 kaki x 2 kaki x 2.5 kaki. 2 hari sahaja utk menyiapkannya.

Buat masa sekarang, dalam pembinaan reban bersaiz 2 kaki x 8 kaki x 3 kaki, untuk menempatkan ibu ayam dan anak2nya sekiranya menetas. Alhamdulillah sekor lagi ayam betina tengah bertelur (18/9 - 9 biji telur). Perancangan akan datang....nak beli incubator telur. 50/50 lagi, tapi tak tau lagi bila. (Sekarang ni dah ada orang yang tanya stok anak ayam).

No comments:

Post a Comment

Post a Comment