December 15, 2011

Nak Beli Anak Ayam Kampung?

Dah lama aku tak tulis blog. Maklumlah sibuk memanjang. Sekarang ni anak2 ayam pun dah besar2, (13 ekor). Umur antara 1 bulan ke 3 bulan. Sekarang ni ada 20 biji telur dalam inkubator, dan dijangka menetas pada 21/12 ni. Insya Allah. dan anak2 ayam ni akan dibuka untuk jualan (first come first serve). Sekiranya ada sambutan, insya Allah akan diteruskan jualan anak ayam inkubator ni.

November 1, 2011

Inkubator

Alhamdulillah, pada 1 November 2011, inkubator yg aku order dari Brother Bob telah sampai dgn selamatnya. dapat lebih kurang pukul 10.30 a.m. Pada sebelah malam barulah aku setkan suhu dalam inkubator dan beberapa jam kemudian first intake telur ayam kampung telah dimasukkan ke dalam inkubator. untu permulaan, percentage penetasan ditetapkan tidak terlalu tinggi. Inkubator ni untuk menetaskan telur ayam kampung yang aku ambil dari induk ayam kampung yang tak pandai jaga telurnya sendiri. Telur-telur ayam kampung ni kebanyakannya banyak dimakan oleh ayam betina lain. Kalau dah asyik kena makan aje, bila masanya nak mengeram dan menetas, so penyelesaian segera ialah guna mesin inkubator.

Buat permulaan 16 biji telur ayam kampung telah dimasukkan ke dalam inkubator, bermula dari 1/11 hingga 27/11. Setakat hari ni dah 3 ekor anak ayam yang dah menetas dan berusia antara 5 hari ke 12 hari. Insya Allah hari ni dan esok maybe ada 3 ekor lagi anak ayam yg akan menetas (telur bertarikh 14/11 & 15/11).

Lepas ni stop dulu kemasukan telur ke inkubator, coz tempat/reban utk anak ayam yg dah sedia ada kat reban + dalam brooder + akan menetas, sangat terhad. Anak2 ayam ini akan dibesarkan utk dijadikan induk dan dikembang biakkan lagi. So, telur ayam yang ada akan diguna sendiri atau dijual, coz setakat ni dah ada orang order nak 20 biji telur ayam.

September 29, 2011

PROJEK TERNAK AYAM KAMPUNG

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan azam yang kuat, akhirnya siap jugak reban2 ayam kampung. Perancangan asal sepatutnya start bulan March, tapi masa tidak mengizinkan, dan akhirnya pada bulan April barulah kerja2 pembinaan reban dimulakan. Planning memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya....hanya Allah sahaja yang tahu.

Tujuan utama adalah utk kegunaan sendiri, tetapi sekiranya terdapat lebihan bekalan seperti telur, anak ayam atau ayam induk, dan ada permintaan, dibuka utk jualan. Tapi utk short term ni belum lagi. Tunggu ayam dah membiak dgn jayanya.

Kayu2 yang diguna ialah kayu terpakai sepenuhnya. Reban utama ni dibina pada hujung minggu (sabtu & ahad) atau juga pada hari cuti. 2 1/2 bulan baru siap sepenuhnya. Berkeluasan 4 kaki lebar x 10 kaki panjang x 4 kaki tinggi. Dilengkapi 8 petak utk ayam bertelur/mengeram. Boleh muat lebih kurang 30 - 40 ekor ayam. Tapi memandangkan reban ni khusus untuk ayam induk, maka tak bolehlah letak banyak2.

Awal ramadhan ayam induk iaitu 1 Jantan dan  Betina telah check-in. Ayam Jantan dan sekor ayam betina ni diperolehi dari nenak sedara di Serkat, Pontian (bukan free, beli tau), manakala 4 ekor betina pula diperolehi dari Kg. Parit 1, Api-Api (Beli gak, mana ada free sekarang ni). Bulan Dec ni akan tambah 3 ekor lagi ayam betina induk.

Dua minggu selepas ayam2 ni check-in, ayam betina dari Serkat telah mula bertelur, kesemuanya 12 biji sahaja. Yang menetas 11 biji, tapi yang hidup 8 ekor sahaja. Sebiji aje yg tak jadi. Oklah tu utk permulaan. Seminggu selepas anak2 ayam menetas, maka siaplah pula reban mini untuk asingkan ibu ayam dan anak2nya. Kalau tak diasingkan, habis anak2 ayam ni kena belasah dgn ayam dewasa lain. Reban mini ni berukuran 2 kaki x 2 kaki x 2.5 kaki. 2 hari sahaja utk menyiapkannya.

Buat masa sekarang, dalam pembinaan reban bersaiz 2 kaki x 8 kaki x 3 kaki, untuk menempatkan ibu ayam dan anak2nya sekiranya menetas. Alhamdulillah sekor lagi ayam betina tengah bertelur (18/9 - 9 biji telur). Perancangan akan datang....nak beli incubator telur. 50/50 lagi, tapi tak tau lagi bila. (Sekarang ni dah ada orang yang tanya stok anak ayam).